icon-search
icon-search
  • anakku

Anakku Soleh Anakku Solehah

RM 20.00
- +
icon-bag Add to Cart Add to wishlist
Home

Description

Buku ANAKKU SOLEH, ANAKKU SOLEHAH ini dihasilkan sebagai panduan kepada ibu bapa dalam aspek mendidik anak-anak menjadi soleh dan solehah. Dalam buku ini banyak dipaparkan kaedah yang perlu digunakan dalam merealisasikan hasrat yang murni tersebut. Kaedah adalah cara yang digunakan untuk mendidik anak, contohnya doa Nabi Ibrahim yang termaktub dalam al-Quran menerusi surah Ibrahim ayat 35-41 boleh dijadikan panduan. Dalam beberapa ayat ini, Nabi Ibrahim mengajar cara untuk mendidik seseorang anak yang soleh mengikut tahap-tahap tertentu. Dalam al-Quran, perkataan ‘anak' mempunyai pelbagai makna antaranya, anak sebagai perhiasan (surah al-Kahfi: 46), pententeram atau penyejuk hati (surah al-Furqan: 74), cubaan atau ujian (surah al-Anfal: 28), musuh (surah ath- Thaghabun: 14), dan fitnah (surah ath-Thaghabun: 15).

Dalam mendidik anak, hal utama yang perlu dilakukan menurut rangkaian ayat ini adalah menyiapkan persekitaran yang selamat, jauhkan mereka daripada pelbagai kesyirikan, kemaksiatan, kejahatan, dan kerosakan. Persekitaran awal sebuah pendidikan adalah bermula dari keadaan keluarga, masyarakat, sekolah, dan masjid. Kerana Rasulullah saw bersabda, “Setiap anak dilahirkan dalam keadaan suci atau fitrah, dan ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani, atau Majusi.”


Author

Syed Mahadzir Syed Ibrahim

Publisher

Green Dome

Customer comments

Author/Date Rating Comment
Your cart is currently empty.
Continue shopping