Description
lbadah haji dan umrah merupakan salah satu daripada tuntutan agama yang wajib dilaksanakan oleh umat Islam yang berkemampuan. Setiap hari ada sahaja umat Islam yang berkunjung ke Mekah untuk menunaikan ibadah umrah.Manakala jutaan umat Islam berkumpul di Mekah pada bulan Zulhijjah bagi menunaikan ibadah haji yang menjadi simbol perpaduan dan kekuatan umat Islam. Di antara mereka termasuklah para jemaah dari Malaysia, Indonesia, Brunei dan lain-lain. Buku "Mencontohi Rasulullah s.a.w Mengerjakan Haji & Umrah" ini bertujuan untuk mempersembahkan kepada masyarakat Islam tentang cara-cara Rasulullah s.a.w menunaikan kedua-dua ibadah tersebut tanpa ada unsur-unsur bidaah. Panduan atau cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w adalah ringkas dan tidak membebankan umat Islam terutama dalam bab menghafaz doa-doa tertentu. Buku ini diperindahkan dengan persiapan Iengkap para jemaah sebelum dan semasa berada di Tanah suci. Seringkali kita terdengar orang mengatakan mereka belum layak menunaikan haji kerana belum sampai seru, tidak berkemampuan dan sudah nak hafaz doa. Semoga buku ini mendapat membantu usaha untuk mencari keredaan Allah s.w.t. serta mencapai haji mabrur ... Insya Allah
Author
Ust. Haji Mohd Nasir Mohd Idris, DR.Mohd Puzhi Usop
Publisher
Al-Hidayah Publications
Customer comments
Author/Date | Rating | Comment |
---|
×